I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 3 May 2012

Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada 11 April 2012 bagi T4 dan T5. Adakah pelajar-pelajar sudah bersedia untuk menghadapi cabaran menjawab soalan? Berapa peratuskah pelajar sudah bersedia? Cikgu harap pelajar-pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan cukup semangat untuk skor dengan cemerlang.Bagi pelajar T2 dan T3 peperiksaan akan bermula pada 18 April 2012.Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan berhati-hati. Jangan terlalu gopoh hendak menyiapkan jawapan anda. Sentiasa ingat masa itu emas.

Tuesday 11 October 2011

Kelas Pecutan SPM

Wahai pelajar, sedarlah masa itu emas.
Ambillah peluang untuk berguru semasa kelas pecutan.

Friday 7 October 2011

Cetusan Rasa

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Selamat menduduki peperiksaan PMR dan SPM kepada warga SMKSE

Warna kehidupan



Warna pelangiku warna kehidupanku
Tujuh warna pelangi menerangi  langkah kaki
Tujuh warna pelangi bagai tujuh warna kehidupan
Merah, jingga, kuning hijau, biru, indigo dan ungu
Indah germerlapan tujuh warna menusuk kalbu
Tawa, tangis, sedih, pilu, dendam, rindu dan bahagia
Perencah gemerlapan tujuh rasa menusuk kalbu

Dalam tawa ada tangis
Dalam sedih ada cebis bahagia
Dalam dendam ada tersemat rindu
Dalam pilu aku senyum melirik

Warna pelangi warna hidupku.

Hasil nukilan: naw_r

SELAMAT DATANG KE LAMAN BAHASA MELAYU